Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 17/10/2018

349

Pergerakan harga pada pasangan matawang EUR/USD untuk sesi dagangan semalam menunjuk harga bergerak agak mendatar menguji di sekitar paras Magic Pivot semalam. Pada sesi pasaran New York semalam, harga melonjak menguji zon resistance 1.16000 dan juga resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line namun gagal menembusinya sebelum kembali turun semula dan menutup harga di sekitar paras Magic Pivot. Matawang EURO turut dibayangi isu rundingan Brexit yang dilaporkan berkemungkinan persetujuan perjanjian bakal ditangguhkan dalam usaha mencari penyelesaian berkenaan isu sempadan Ireland.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang dibuka rendah dari paras Magic Pivot 1.1586 dilihat bergerak membuat penurunan menuju ke paras support 1.1551 (MagicS1) untuk menguji paras tersebut. Jika EURO terus didagangkan lemah sementara USD kembali mengukuh semula dalam pasaran, harga akan ditekan ke paras lebih rendah dan dijangka akan turun menguji paras support 1.1530 (MagicS2). Sekiranya, harga mengalami kejatuhan yang ketara, paras support pada 1.1495 (MagicS3) dilihat sebagai paras yang akan menjadi tumpuan harga.

Namun sebaliknya jika harga kembali membuat lonjakan semula, harga bakal menuju ke paras resistance 1.1608 (MagicR1) untuk menguji paras ketinggian yang belum berjaya ditembusi sejak minggu lalu. Jika harga berjaya breakout paras tersebut, harga akan meneruskan pendakian ke paras yang lebih tinggi berkemungkinan ke paras resistance 1.1643 (MagicR2) yang dilihat berada pada zon SBR (support become resistance). Seterusnya harga yang terus menyambung kenaikan bakal membuat higher high yang baru ke paras resistance terdekat yang lebih tinggi iaitu pada 1.1664 (MagicR3).

Pantau pergerakan harga pada chart EUR/USD menjelang sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU) dan untuk menentukan paras-paras yang menjadi tumpuan harga, rujuk kepada indicator Moshed Magic Line sebagai panduan tambahan anda.

 

Paras support: 1.1551, 1.1530, 1.1495.

Paras resistance: 1.1608, 1.1643, 1.1664.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat