Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 27/12/2018

336

Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY, harga lebih banyak bergerak mendatar di sekitar paras Magic Pivot pada dagangan semalam sebelum cuba membuat penurunan pada sesi pasaran New York semalam. Harga yang turun menyentuh paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line itu telah kembali membuat lonjakan semula sehingga melepasi paras Magic Pivot dan telah melepasi paras resistance MagicR1 berikutan matawang Yen kembali didagangkan lemah setelah risiko dalam pasaran semasa kembali pudar. Ini adalah ekoran daripada perkembangan positif daripada isu perang dagang antara AS-China yang semakin reda.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini pula, harga menunjukkan pergerakan yang perlahan dan bergerak menurun menuju ke paras Magic Pivot 140.316 hari ini pada penghujung sesi dagangan. Jika harga gagal turun lebih rendah dari paras Magic Pivot tersebut, harga berkemungkinan akan kembali menyambung kenaikan yang dilakukan semalam menuju ke paras resistance 141.179 (MagicR1). Kenaikan yang lebih tinggi seterusnya akan menguji paras resistance 141.717 (MagicR1) yang berpotensi menjadi paras SBR (support become resistance) yang baru pada chart GBP/JPY. Lonjakan lebih tinggi harga dari paras tersebut pula dilihat berpotensi mencapai paras ketinggian sekitar 142.580 (MagicR3).

Namun, jika harga kembali didagangkan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, jangkaan harga akan turun menguji paras support 139.778 (MagicS1) yang merupakan paras terendah pada dagangan semalam. Kemudian, harga berkemungkinan meneruskan penurunan lebih rendah menuju ke paras support sekitar 138.915 (MagicS3) sebelum harga terus mencatatkan paras terendah semasa yang baru pada chart GBP/JPY jika harga turun sehingga mencecah paras 138.377 (MagicS3).

Sentiasa kawal dagangan anda setiap hari dengan mencari peluang yang terbaik untuk posisi dagangan anda khususnya pada chart GBP/JPY. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk mencari paras-paras terbaik dan memudahkan lagi analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 139.778, 138.915, 138.377.

Paras resistance: 141.179, 141.717, 142.580.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat