Analisis Teknikal GBP/JPY – Timeframe H1 – 4/1/2019

485

Seperti pasangan matawang yang lain, pasangan matawang GBP/JPY turut mencatatkan penurunan drastik harga apabila Yen terus mengukuh berikutan suasana pasaran yang berisiko terkesan daripada beberapa faktor global. Namun pada sesi dagangan semalam, harga cuba membuat kenaikan dari paras terendah sekitar 132.300 sehingga melepasi semula ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari, harga bergerak perlahan namun masih menunjukkan tanda-tanda kenaikan harga di mana harga yang berada lebih tinggi dari paras Magic Pivot 135.131 cuba menuju ke paras resistance 138.061 (MagicR1). Jika kenaikan harga yang berjaya dilakukan melepasi paras resistance tersebut, jangkaan kenaikan seterusnya harga akan menuju pula ke paras resistance pada 140.170 yang berada berhampiran zon SBR (support become resistance) sebelum ini. Jika harga kekal melonjak ke paras lebih tinggi, harga boleh mencapai paras ketinggian sehingga ke paras sekitar 143.100 (MagicR3).

Namun, jika Yen kembali menekan semula harga ke paras lebih rendah, harga bakal bergerak turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 135.131 dan menguji paras terendah di cecah harga semalam sekitar 133.022 (MagicS1). Jika harga berjaya breakout paras tersebut, penurunan harga seterusnya berkemungkinan menuju ke paras support yang berada pada 130.092 (MagicS2). Seterusnya, penurunan lebih rendah harga dari paras tersebut akan menyaksikan harga mencecah ke paras sekitar 127.983 (MagicS3).

Terus ikuti perkembangan Brexit bersambung pada minggu hadapan pula sementara tumpuan utama pada dagangan hari ini beralih ke arah laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini. Bandingkan paras-paras yang berpengaruh pada chart GBP/JPY dengan merujuk pada paras yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda membuat keputusan yang lebih jelas sebelum memasuki pasaran.

 

Paras support: 133.022, 130.092, 127.983.

Paras resistance: 138.061, 140.170, 143.100.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat