Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 4/1/2019

333

Setelah paras resistance pada 1.36600 yang gagal ditembusi setelah beberapa kali diuji pada chart pasangan matawang USD/CAD, harga mula menunjukkan penurunan pada dagangan semalam setelah dollar CAD kembali mengukuh dalam pasaran. Perbincangan OPEC untuk mengurangkan bekalan minyak mentah bakal meningkatkan semula harga minyak mentah dalam pasaran dan pelabur melihat perkara tersebut sebagai isyarat yang positif terhadap Loonie. Pergerakan harga pada chart USD/CAD semalam yang menguji paras resistance MagicR1 kemudian telah membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot sehingga melepasi paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga yang menyambung pergerakan mendatar pada penghujung sesi dagangan New York hampir ditutup semalam dilihat berlegar di paras 1.34800 sebelum mula menunjukkan penurunan menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah menuju ke paras support 1.3419 (MagicS1). Jika harga berjaya melepasi paras tersebut untuk turun ke paras lebih rendah, harga berkemungkinan akan menguji paras tumpuan harga pada chart USD/CAD di sekitar paras support 1.3351 (MagicS2). Penurunan lebih rendah yang diteruskan harga boleh mencecah sehingga ke paras 1.3233 (MagicS3) sekiranya Loonie terus mengekalkan pengukuhan berbanding USD dalam pasaran semasa.

Namun, jika pengukuhan CAD hanya sementara dan USD kembali mengukuh berkemungkinan laporan data pekerjaan NFP mencatatkan bacaan yang meningkat, harga bakal melonjak semula lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.3537 sebelum menguji zon RBS (resistance become support) sebelum ini sekitar 1.3605 (MagicR1). Kenaikan lebih tinggi harga sehingga mengatasi paras 1.36600 yang gagal ditembusi sebelum ini bakal menuju pula ke paras resistance pada 1.3723 (MagicR2). Dan sekiranya harga masih mengekalkan momentum kenaikan, jangkaan harga akan mencapai paras ketinggian di sekitar paras 1.3791 (MagicR3).

Terus perhatikan pasaran minyak mentah global yang mempengaruhi nilai matawang Loonie ekoran faktor Kanada sebagai negara pengeksport terbesar minyak mentah. Dan jangan lupa untuk beri tumpuan pada laporan data pekerjaan Kanada yang akan dikeluarkan bersama laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada malam ini. Kawal risiko dagangan anda dan terus menggunakan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan pada analisis teknikal harian anda.

 

Paras support: 1.3419, 1.3351, 1.3233.

Paras resistance: 1.3605, 1.3723, 1.3791.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat