Analisis Teknikal GBP/USD – Timeframe H1 – 14/1/2019

227

Matawang Sterling menunjukkan pengukuhan pada dagangan Jumaat lalu setelah laporan bahawa Britain akan memohon penangguhan pada tarikh rasmi pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah (EU) yang dijadualkan pada 29 Mac nanti. Dengan laporan tersebut, GBP telah kembali melonjak dan mencatatkan nama sebagai matawang paling kukuh berbanding matawang utama yang lain pada penghujung dagangan minggu lalu. Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD, harga yang turun mencecah paras support MagicS1 kemudiannya membuat lonjakan lebih 150 pips kenaikan sehingga mencapai paras ketinggian terbaru di paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada awal dagangan sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat masih bergerak di sekitar paras ketinggian yang dicapai pada dagangan Jumaat lalu dan sedikit turun ke paras sekitar 1.28400. Jika harga terus membuat kenaikan pada dagangan hari ini, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada resistance 1.2899 (MagicR1). Seterusnya harga akan terus mencatatkan paras ketinggian yang terbaru menuju pula ke paras sekitar 1.2961 (MagicR2). Lonjakan lebih tinggi harga dilihat berpotensi mencapai paras ketinggian sehingga sekitar 1.3056 (MagicR3) jika momentum kenaikan berjaya dikekalkan.

Namun, jika Sterling kembali didagangkan lemah pada dagangan hari ini, harga bakal ditekan semula lebih rendah melepasi paras Magic Pivot 1.2804 hari ini sebelum harga menguji paras support yang gagal ditembusi harga pada sekitar dagangan minggu lalu iaitu pada paras 1.2741 (MagicS1). Jika harga berjaya ditekan ke paras lebih rendah lagi, jangkaan seterusnya harga bakal menuju ke zon tumpuan sebelum ini dan menguji paras support 1.2646 (MagicS2). Sedikit lagi penurunan harga berkemungkinan mencecah ke paras support 1.2583 (MagicS3) sebelum harga turun lebih rendah sehingga ke paras sekitar 1.24800 pada terjunan harga sebelum ini.

Terus ikuti perkembangan Brexit yang terus memberi kejutan dalam pasaran semasa dan dinasihatkan supaya anda sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada dagangan GBP. Rujuk pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dengan melihat kepada paras-paras yang berpengaruh pada chart GBP/USD.

 

Paras support: 1.2741, 1.2646, 1.2583.

Paras resistance:  1.2899, 1.2961, 1.3056.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat