Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 3/1/2019

222

Laporan berkenaan syarikat Apple Inc yang mengurangkan sasaran jualan untuk suku tahun terbaru berikutan penjualan produk iPhone di China yang mencatatkan angka yang rendah turut memberi impak terhadap matawang komoditi dollar CAD. Ketidakstabilan terhadap pasaran global turut menjejaskan harga minyak mentah sekaligus menyebabkan Loonie terus mengalami susut nilai dalam pasaran semasa. Jika diteliti pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD untuk sesi dagangan semalam, harga membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot sehingga mencecah paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga kembali membuat kenaikan semula dan menguji zon resistance 1.36600 yang masih gagal ditembusi sejak diuji pada penghujung dagangan Disember 2018. Kemudian, harga kembali turun semula ke paras support MagicS2 dan mendatar di sekitar paras tersebut sehingga sesi dagangan New York ditutup.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga kembali melonjak melepasi paras Magic Pivot 1.3602 hari ini sebaik sahaja pasaran dibuka. Lonjakan harga tersebut hampir mencapai semula paras resistance 1.36600 namun harga kembali turun sedikit sebelum dilihat bergerak mendatar di sekitar paras resistance 1.3635 (MagicR1). Jika harga berjaya meneruskan kenaikan dan breakout paras resistance 1.36600 sebelum ini, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance pada 1.3695 (MagicR2) untuk mencatatkan paras ketinggian yang baru mengatasi ketinggian pada dagangan tahun 2018. Sedikit lagi kenaikan yang berjaya diteruskan berkemungkinan akan mencapai paras ketinggian pada resistance 1.3728 (MagicR3).

Namun, jika harga gagal breakout paras resistance 1.36600, berkemungkinan harga akan kembali bergerak rendah dan turun melepasi paras Magic Pivot hari ini untuk menuju ke paras support pada 1.3542 (MagicS1). Sedikit lagi penurunan dilihat akan menyentuh paras support 1.3509 (MagicS2) yang berada berhampiran. Namun, jika berjaya kekalkan momentum penurunan ke paras lebih rendah, harga boleh mencecah penurunan sehingga ke paras sekitar 1.3448 (MagicS3).

Terus pantau perkembangan minyak mentah global yang terus memberi kesan terhadap perubahan nilai matawang Loonie. Kawal dagangan anda menjelang laporan data pekerjaan di Kanada yang akan dikeluarkan bersama laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada esok hari dan perhatikan paras-paras yang menjadi tumpuan harga berpandukan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.3542, 1.3509, 1.3448.

Paras resistance: 1.3635, 1.3695, 1.3728.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat