Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 28/11/2018

303

Sentimen pasaran yang terus dilihat berisiko menyumbang kenaikan harga pada chart pasangan matawang safe-haven USD/JPY. Tumpuan utama pasaran terarah kepada isu perang dagang yang kembali menghangatkan pasaran semasa. Kebimbangan para pelabur terhadap isu tersebut kembali meningkat setelah Presiden Trump menyatakan akan mengenakan tarif tambahan baru terhadap barangan import China. Kebimbangan ini telah menjurus kepada peningkatan tinggi terhadap permintaan matawang safe-haven USD. Pergerakan harga pada chart USD/JPY semalam menunjukkan kenaikan harga sehingga ke paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line dan telah pun melepasi paras RBS (resistance become support) 113.700.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, pergerakan harga masih menunjukkan tiada tanda-tanda harga akan kembali membuat penurunan. Sebaliknya harga dilihat bergerak membuat sedikit kenaikan dengan kadar yang perlahan menuju ke paras resistance 113.940 (MagicR1). Jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut, harga dijangka akan menuju pula ke paras resistance 114.103 (MagicR2) yang berada pada zon ketinggian harga pada chart USD/JPY sebelum ini. Jika harga berjaya melonjak melepasi zon tersebut, harga bakal mencatatkan paras ketinggian yang baru berkemungkinan mencapai ketinggian sehingga ke paras sekitar 114.369 (MagicR3).

Namun, jika harga kembali bergerak melawan arah dengan USD didagangkan lemah berbanding Yen, berkemungkinan harga akan membuat penurunan semula melepasi paras Magic Pivot 113.674 hari ini dan menuju ke paras support 113.511 (MagicS1). Penurunan harga yang diteruskan dilihat akan menuju pula ke paras tumpuan harga di sekitar support 113.245 (MagicS2) sebelum harga bakal menguji kembali paras support 113.082 (MagicS3) yang berada di paras RBS (resistance become support) pada chart USD/JPY.

Terus beri tumpuan pada data ekonomi di Amerika Syarikat dan Jepun di samping mengikuti perkembangan isu perang dagang yang memberi kesan kepada sentimen pasaran semasa. Lihat paras tumpuan harga pada chart USD/JPY dengan membandingkan dengan paras harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 113.511, 113.245, 113.082.

Paras resistance: 113.940, 114.103, 114.369.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat