Anda Kini Boleh Berdagang Matawang Crypto Di Bursa Saham Negara Ini

1,004

Börse Stuttgart, salah satu pertukaran saham terbesar di Eropah dan kedua terbesar di Jerman kini sedang mengendalikan $100 billion dalam jumlah dagangan telah melancarkan perdagangan crypto melalui subsidari.

Pertukaran Saham Stuttgart mengatakan Bison telah mempermudahkan perdagangan matawang crypto. Ia merupakan aplikasi crypto pertama dunia, yang didasarkan pada pertukaran saham. Prototype aplikasi tersebut telah tersedia, dan hasil akhir produk tersebut mungkin akan ada di pasaran mulai musim luruh.

Laman sesawang Bison juga sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan berada di atas talian pada September dan akan mengadakan pertandingan dimana peserta berkemungkinan mempunyai peluang untuk memenangi sehingga 3 bitcoin.

Mereka menjanjikan perdagangan yang percuma tetapi tidak menyatakan lagi bagaimana mereka ingin menjana wang melalui hal tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa aplikasi ini juga menawarkan berita terkini.

Bison telah menganalisis lebih daripada 250,000 tweet daripada komuniti crypto setiap hari dan menyimpulkan informasi yang penting sahaja kepada pelanggan.

Aplikasi ini akan mudah digunakan dan interface ada dalam bahasa Jerman dan juga English. Dengan Bison, kami telah mengurangkan kerumitan untuk mendaftar. Selalunya untuk membuka satu akaun mengambil masa beberapa hari tetapi dengan Bison hanya memerlukan beberapa minit sahaja.

4 matawang crypto yang akan ditawarkan iaitu Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan Ripple dan kemungkinan beberapa matawang crypto lain akan ditambah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat