Angkara US Dolar, USD/JPY Kekal Terpacak Sepanjang Minggu

324

Mata wang utama yang lain dalam pasaran terus menerima tekanan US dolar yang berjaya mengekalkan pengukuhan di penghujung dagangan minggu ini dipengaruhi oleh penilaian pelabur terhadap dasar monetari Federal Reserve (Fed).

Pada awalnya butiran pada minit mesyuarat FOMC yang diteliti sebelum ini dinilai bernada dovish dengan jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) bakal memperlahankan kenaikan kadar faedah yang agresifnya itu.

Namun, Presiden Fed St Louis, James Bullard berkata beliau menyokong untuk kenaikan kadar faedah yang agresif buat kali ketiga berturut-turut pada bulan September sebanyak 75 mata asas untuk mengawal inflasi yang tinggi.

Pelabur kembali melihat peluang untuk Fed untuk meneruskan kenaikan kadar yang agresif selepas data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terbitkan sebelum ini juga mengukuh berbanding daripada jangkaan.

Justeru, pengukuhan US dolar juga telah mendorong lonjakan lebih tinggi harga berlaku pada carta pasangan mata wang USD/JPY dengan corak pergerakan trend bullish berjaya dikekalkan sepanjang minggu ini.

Pergerakan harga juga dilihat disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY dan belum memberi tanda-tanda untuk penurunan semula.

Jika diperhatikan pada dagangan Khamis semalam, harga mendatar seketika pada zon rintangan 135.000 sebelum melanjutkan kenaikan dari zon tersebut pada sesi New York dengan menutup dagangan penghujung sesi di ketinggian sekitar 135.900.

Malah kenaikan harga diteruskan lagi bersambung pada sesi dagangan Asia dan Eropah harini (Jumaat) sehingga menuju ke zon 137.000 yang dilihat sebagai rintangan untuk diuji terlebih dahulu.

Sekiranya harga berjaya menembusi paras halangan 137.000 tersebut, dijangkakan harga bakal meningkat sehingga ke paras halangan 139.300 pula dan mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.

Paras tersebut juga adalah rekod tertinggi dicapai harga pada Julai lalu, iaitu tertinggi sejak tahun 1998.

Namun waspada sekiranya berlaku perubahan arah harga semula pada penghujung minggu yang berkemungkinan menyaksikan penurunan harga di sesi terakhir minggu ini.

Penurunan harga dilihat akan kembali ke paras 135.00 semula untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut untuk jangkaan zon tersebut bakal menyokong kembali kenaikan harga.

Sebaliknya jika harga meneruskan penyusutan ke paras yang lebih rendah melepasi zon RBS 135.00 tersebut sebelum isyarat perubahan trend bearish semula akan mendorong jangkaan harga seterusnya untuk menuju ke paras tumpuan 132.000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat