Apa Cerita Pagi-pagi Lagi Euro Mencanak Ni?

438

Matawang euro meningkat ke paras ketinggian terbaru sejak April 2018 pada sesi Asia hari ini walaupun selepas Pemimpin Majoriti Senat, Mitch McConnell menangguhkan undian mengenai langkah untuk meningkatkan pembayaran Covid-19.

Pemimpin Senat, McConnell telah membantah undian untuk meningkat pembayaran bantuan Covid-19 dari $600 kepada $2,000 dan mencadangkan supaya Senat menilai terlebih dahulu cadangan tersebut.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama jatuh menghampiri paras terendah 2 setengah tahun yang dicapainya sebelum ini pada 89.76.

US dolar telah mencatatkan kejatuhan berterusan sejak Presiden Donald Trump menandatangani rang undang-undang bantuan dan perbelanjaan coronavirus pada hari Ahad dan terus lemah selepas Dewan Perwakilan AS meluluskan peningkatan pembayaran cek pada Selasa.

Terbaru, Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin mengumumkan bahawa bantuan pembayaran $600 akan mula diagihkan kepada berjuta-juta rakyat Amerika secepat pada malam Selasa (waktu AS).

Hal ini telah mendorong US dolar susut lebih rendah dan mendorong lonjakan matawang euro untuk mencatatkan tahap ketinggian terbaru.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat