Biden Kritik Trump Buat Kerja Lembab!

250

Calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengkritik pentadbiran Presiden Donald Trump yang dikatakan lambat mengedarkan vaksin Covid-19.

Ujar Biden, pengedaran vaksin adalah cabaran operasi terbesar yang dihadapi oleh AS sebagai sebuah negara.

Pentadbiran Trump menyasarkan untuk mengedarkan vaksin kepada 20 juta rakyatnya menjelang akhir minggu ini.

Setakat ini, hanya 2.1 juta orang sahaja yang telah menerima suntikan vaksin, berdasarkan data Pusat Untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

“Pelan pentadbiran Trump untuk mengedarkan vaksin masih lagi jauh ke belakang,” kata Biden menerusi ucapannya semalam.

Tambah Biden, beliau akan melakukan segala yang termampu untuk membawa AS kembali ke haluan yang betul.

Dalam pada itu, Trump ketika membalas kenyataan oleh Biden menerusi Twitter berkata, setiap negeri mempunyai hak untuk mengedarkan vaksin mengikut keperluan sebaik sahaja vaksin tersebut dihantar oleh kerajaan Persekutuan.

“Kami bukan sahaja membangunkan vaksin termasuklah membelanjakan wang untuk memastikan proses itu berjalan cepat tetapi memastikan vaksin itu dihantar ke setiap negeri,” ujar Trump.

Sebelum ini, Biden berjanji untuk memastikan 100 juta rakyat Amerika menerima vaksin dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya kelak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat