Apa Yang Sedang Berlaku? Aliran Keluar Binance Catat Bacaan Melebihi $1 Bilion

680

Dalam perkembangan terbaru pasaran kripto, pengeluaran Binance telah meningkat dengan ketara selepas Changpeng Zhao meletakkan jawatan sebagai CEO syarikat dan mengaku bersalah atas pelbagai pelanggaran undang-undang sekuriti semasa perbicaraan mahkamah yang signifikan. Harus dimaklumi, pertukaran mata wang kripto terkemuka di dunia ini mengalami lonjakan pengeluaran melebihi $1 bilion dalam tempoh 24 jam.

Sementara itu, pengunduran Zhao dan denda $4.3 bilion yang berikutnya terhadap Binance telah menggoncangkan industri, secara tidak langsung memicu perpindahan dana yang signifikan dari pertukaran yang sedang dilanda krisis.

Rentetan berita mengenai pengakuan bersalah dan peletakan jawatan Changpeng Zhao tersebar, komuniti kripto memberikan tindak balas dengan pantas. Data terkini dari DefiLlama menunjukkan pengeluaran besar dari Binance selama 24 jam, melebihi $1 bilion, dengan pengeluaran bersih sebanyak $703.13 juta dalam tempoh tujuh hari.

Pengeluaran yang besar ini menekankan kebimbangan dan ketidakpastian terhadap bursa pertukaran tersebut selepas cabaran undang-undang dan perubahan kepemimpinan. Dengan kata lain, pengeluaran mendadak ini berlaku setelah pengakuan bersalah oleh co-founder Binance, Changpeng Zhao, yang mengakui melanggar Akta Rahsia Bank.

Disisi lain pula bursa pertukaran lain sedang menyaksikan aliran masuk yang ketara. Data DefiLama menunjukkan bahwa OKX muncul sebagai aliran masuk bersih tertinggi sebanyak $152.02 juta dalam tempoh 24 jam yang lepas. Selain itu, Bybit dan Kucoin menyusul dengan aliran masuk harian yang ketara masing-masing sebanyak $51.34 juta dan $31.58 juta, menandakan perubahan dalam kepercayaan dan keyakinan pengguna di dalam landskap bursa pertukaran mata wang kripto.

Pada saat penulisan, harga BNB mengalami penurunan sebanyak 9.91% dan diniagakan pada $233.79 pada 22 November. Sebaliknya, jumlah dagangan kripto tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 59% dalam tempoh 24 jam terakhir kepada $2.57 bilion pada masa yang sama.

Waima disebalik apa yang berlaku, bursa pengeluaran Binance, tetap menjadi bursa pertukaran kripto teratas dari segi pegangan aset.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat