US Dolar Stabil Menunggu Data Penting Malam Ini

877

[Artikel Tajaan]

Ini apa yang anda perlu tahu mengenai pasaran pada Rabu, November 22, 2023.

Pada hari ni beberapa data penting yang kebiasaannya dikeluarkan pada hari Khamis telah di injak sehari lebih awal  berikutan cuti umum di Amerika pada esok bersempena sambutan hari “Thanksgiving”.

Masa Data Jangkaan Bacaan Sebelum
20:00 MBA Mortgage Applications(Nov 17)       – 2.80%
21:30 Continuing Jobless Claims(Nov 10)       – 1.865M
21:30 Durable Goods Orders(Oct) -3.10% 4.6%
21:30 Durable Goods Orders ex Defense(Oct)       – 5.7%
21:30 Durable Goods Orders ex Transportation(Oct) 0.10% 0.4%
21:30 Initial Jobless Claims(Nov 17) 225K 231K
21:30 Initial Jobless Claims 4-week average(Nov 17)       – 220.25K
21:30 Nondefense Capital Goods Orders ex Aircraft(Oct) 0.10% 0.5%
23:00 Michigan Consumer Sentiment Index(Nov) 60.5 60.4
23:00 UoM 5-year Consumer Inflation Expectation(Nov) 3.20% 3.20%

Minit mesyuarat yang telah dikeluarkan oleh Fed awal pagi ini telah memberikan petunjuk bahawa ahli jawatankuasa Fed berpendapat bahawa sekiranya nilai inflasi di negara itu kekal menunjukkan peningkatan maka kenaikan kadar faedah masih kekal terbuka.

Namun begitu ahli jawatankuasa Fed akan mengambil langkah terperinci di dalam menilai komponen dan indikator pasaran buruh dan pasaran pengguna di negara itu.

Oleh yang demikian pada waktu ini pasaran menganggarkan 25% keberangkalian bagi Fed untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah pada Mac 2024.

Apa yang pasti, bacaan nilai inflasi Disember 2023 nanti bakal memberikan titik noktah terhadap halatuju kadar faedah di negara itu.

Berdasarkan arah kekuatan penilaian matawang utama dunia, Dolar Amerika dilihat lemah terutamanya berbanding matawang Yen Jepun.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat