Apa Yang Terjadi Pada Pasaran Kripto? Kecundang Lebih Parah Menjelang Data CPI!

255

Harapan pemain pasaran kripto untuk melihat pasaran menghijau tidak kesampaian apabila prestasinya bertambah parah. Pasaran kripto bertukar merah semalaman dan menghadapi sentimen penurunan harga yang besar.

Bitcoin jatuh hampir 2% dalam 24 jam terakhir manakala Ethereum jatuh lebih 3%. BTC kini didagangkan pada $19,015 manakala ETH pada $1,280. Dalam masa yang sama, pasaran altcoin kripto yang lain turut berhadapan prestasi yang malang menjelang data penting.

XRP Ripple yang baru sahaja dilihat sedia untuk meroket lebih tinggi, menjunam hampir 7% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Sebaliknya, Cardano dan Solana kedua-duanya meneruskan kejatuhan lebih dalam. Harga Cardano jatuh sebanyak 6% manakala Solana jatuh hampir kepada 4%. Chainlink yang memiliki fundamental yang kukuh turut merosot disebabkan keadaan makroekonomi yang tidak menggalakkan. Ia kini didagangkan pada $7.22 selepas jatuh 4% lagi dalam 24 jam terakhir.

Pasaran kripto sedang bergelut disebabkan oleh keadaan makroekonomi yang hawkish dorong dari tindakan the Fed. Pasaran kripto pada masa ini memberi tumpuan pada Indeks Harga Pengguna yang akan dikeluarkan pada hari Khamis. IHP adalah penunjuk kukuh tahap inflasi di negara ini. Bulan lepas, CPI yang dikeluarkan adalah lebih teruk daripada ramalan yang dijangkakan. Akibatnya, pasaran kripto menjunam dengan banyak.

Begitu juga, Indeks Harga Pengeluar juga akan dikeluarkan pada bulan ini. Pegawai-pegawai utama masih menegaskan pendirian ‘hawkish’ mereka. Alat CME Fed Watch pada masa ini menunjukkan kemungkinan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas. Jika CPI dan PPI yang dikeluarkan adalah lebih tinggi daripada yang dijangkakan, maka the Fed boleh menaikkan kadar faedah sehingga 100 mata asas.
Pada bulan lalu, fenomena ini membawa kepada penjualan lanjut dalam pasaran kripto.

Pegawai the Fed masih berpendirian hawkish. Walau bagaimanapun, kebimbangan mengenai ketidakstabilan kewangan global semakin meningkat. IMF pula akan mengeluarkan laporan Kestabilan Kewangan Globalnya. Kebimbangan tentang kemelesetan yang akan berlaku mungkin mengakibatkan pivot daripada Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat