Arah Tuju USD Jadi Tanda Tanya, Ini Yang Berlaku Pada Awal Minggu!

276

Permulaan pasaran sesi Asia melihatkan US dolar didagangkan stabil setelah menyusut pada akhir dagangan Jumaat lalu yang mungkin dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung (profit taking) oleh pelabur.

Secara fundamental US dolar masih lagi menguat, disokong oleh pendirian hawkish Federal Reserve (Fed) untuk menangani inflasi dan kebimbangan terhadap kemelesetan mendukung mata wang itu sebagai safe-haven.

Bagaimanapun, pergerakan dolar greenback dijangka terhad pada Isnin di tengah-tengah penutupan bank dan pasaran bon sempena cuti Independence Day di Amerika Syarikat.

Menjadi tumpuan utama pasaran pada minggu ini pastinya adalah laporan pekerjaan NFP AS yang bakal diterbitkan pada Jumaat dan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Namun, beberapa data seperti pekerjaan swasta ADP AS dan indeks PMI perkhidmatan ISM akan difokuskan terlebih dahulu untuk menjadikan indikasi awal kepada NFP.

Data PMI pembuatan ISM yang dikeluarkan pada minggu lalu menunjukkan penurunan dalam aktiviti perkilangan pada Jun, membuatkan pelabur meletakkan jangkaan menyuramkan untuk sektor perkhidmatan yang akan diterbitkan pada Rabu.

Beralih kepada mata wang Asia, dolar Aussie diniagakan berlegar di paras terendah dua tahun menjelang mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) pada Selasa yang dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas sekali lagi.

Sementara itu, euro pula didagangkan sekitar tahap terlemah lima tahun berbanding USD, gagal meningkat lebih tinggi susulan data inflasi Zon Eropah yang terus mencatat rekod baharu pada bulan Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat