Pelabur Ekuiti Mulakan Sesi Dagangan Berhati-Hati Pada Awal Minggu

124

Pasaran ekuiti memulakan sesi dagangan berhati-hati pada awal minggu rentetan daripada data di Amerika Syarikat (AS) yang lemah mengisyaratkan risiko penurunan pada laporan pekerjaan untuk bulan Jun.

Selain itu, kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi terus memacu lonjakan pada bon kerajaan sementara dolar kekal mengukuh.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun naik 0.3% sementara Nikkei Jepun tambah 0.9%.

Niaga hadapan Wall Street memperlihatkan S&P 500 dan Nasdaq Composite turun 0.4% selepas mencatat pengukuhan sedikit pada Jumaat.

Ulas penganalisis Goldman Sachs, David J. Kostin, bar tenaga sektor S&P 500 menyaksikan pulangan negatif pada separuh pertama tahun ini semasa berlakunya ketidaktentuan melampau.

Ia secara tidak langsung mempengaruhi penilaian yang mendorong pasaran untuk bearish dan bukannya hasil daripada anggaran pendapatan yang dikurangkan.

Kostin juga meramalkan margin keuntungan konsensus akan jatuh yang membawa kepada semakan EPS sama ada ekonomi akan jatuh ke dalam kemelesetan atau tidak.

Dalam pada itu, antara tumpuan pelabur minggu ini adalah laporan musim pendapatan dan ramalan keluaran negara kasar (GDP) Federal Reserve Atlanta yang merosot -2.1% tahunan bagi suku ke-2 yang membayangkan kemelesetan.

Ditambah juga dengan laporan senarai gaji yang dikeluarkan pada Jumaat ini, diramalkan pertumbuhan pekerjaan perlahan kepada 270,00 pada Jun dengan purata pendapatan melemah 5.0%.

Tidak dilupakan juga minit mesyuarat dasar Fed bulan Jun pada Rabu yang kedengaran hawkish memandangkan jawatankuasa memilih untuk menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas.

Aliran mata wang pula menyaksikan dolar berundur sedikit sungguhpun masih berada dalam paras tertinggi 2 dekad berbanding sekumpulan pesaing pada 105.04.

Euro kekal pada $1.0433, tidak jauh daripada paras 5 tahun baru-baru ini pada $1.0349 sementara Yen Jepun menyeret dolar pada 135.00 daripada paras tertinggi 24 tahun pada 137.01.

Bagi komoditi, logam perindustian tembaga menurun ke paras terendah 17 bulan pada 25% daripada kemuncak Mac.

Harga minyak Brent susut 34 sen pada $111.29 sementara minyak mentah AS hilang 23 sen pada $108.20.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat