AS Dolar Bergelut Selepas Mengalami Kejatuhan Mingguan Terbesar Dalam Tempoh 4 Bulan

372

Tema pasaran pada permulaan dagangan minggu ini diniagakan dengan positif berikutan peningkatan harapan bahawa perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China akan tercapai pada pertemuan sidang kemuncak G20 di Jepun hujung minggu ini.

Selain pasaran saham, pasaran komoditi khususnya harga minyak mentah global juga menaik susulan peningkatan ketegangan AS-Iran selepas Setiausaha A.S. Mike Pompeo mengatakan bahawa sekatan baru terhadap Iran akan diumumkan hari ini.

Dalam pasaran matawang pula, Euro masih menjadi tarikan pelabur ketika ini walaupun data indeks iklim perniagaan Ifo di Jerman mencatatkan kejatuhan sebanyak 0.5 mata daripada bulan sebelumnya kepada 97.4 sekaligus merekodkan paras terendah sejak November 2014.

Sementara itu matawang USD kekal pada prestasi buruknya hari ini selepas kejatuhan mingguan terbesar dalam tempoh empat bulan pada minggu lepas akibat intonasi dovish daripada bank pusat Federal Reserve pada FOMC lalu.

Dalam perkembangan lain, Dolar AUD meningkat lebih tinggi pada paras 2 minggu selepas Gabenor RBA Philip Lowe mempersoalkan keberkesanan pelonggaran dasar monetari global untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat