Kenaikan Harga Pada GBP/JPY Uji Paras Tumpuan 137.000 Hari Ini

537

Sentimen buat matawang Pound Sterling kekal berisiko sehingga dagangan bersambung pada minggu ini berikutan ketidaktentuan politik yang melanda Britain.

Selepas Theresa May melepas jawatannya sebagai Perdana Menteri Britain, calon utama yang dikaitkan sebagai pengganti iaitu Boris Johnson semakin hampir disahkan untuk menerajui kepimpinan yang baru.

Pelabur gelisah terhadap keupayaan kerajaan selepas ini untuk berdepan kemungkinan situasi pengunduran Britain tanpa sebarang perjanjian bersama Kesatuan Eropah.

Sementara sentimen pasaran global yang berisiko melibatkan ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China serta ketegangan Washington dan Tehran terus memberikan kelebihan buat dagangan safe-haven Yen mencuri peluang untuk mengukuhkan nilai matawangnya.

Rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China pada persidangan G20 pada minggu ini di Jepun akan menjadi tumpuan pelabur bagi mengikuti perkembangan bagi dua ekonomi besar dunia yang tegang sebelum ini.

Jika diperhatikan pergerakan pada carta harga pasangan matawang GBP/JPY, harga membuat kenaikan pada permulaan dagangan minggu ini menyambung kenaikan pada penghujung dagangan minggu lalu.

Kenaikan hari ini mencecah paras resistance 137.029 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini yang merupakan zon SBR (support become resistance) pada GBP/JPY.

Kemudian harga yang menguji paras tersebut kembali membuat penurunan semula menuju ke paras Magic Pivot 136.482 hari ini.

Jika penurunan harga diteruskan, jangkaan destinasi tumpuan harga seterusnya adalah ke paras sekitar support 136.136 (MagicS1).

Harga mampu mencecah sehingga ke paras 135.589 (MagicS2) untuk menguji paras terendah minggu lalu yang merupakan paras terendah dicatatkan sejak awal Januari tahun ini. Penurunan ke paras ini akan mencatatkan sekitar 160 pips penurunan dari paras resistance MagicR1.

Sebaliknya jika harga kembali bergerak ke paras lebih tinggi, jangkaan kenaikan harga berkemungkinan menuju ke paras resistance sebelum ini di sekitar 137.922 (MagicR3) dan menguji paras ketinggian tersebut setelah 100 pips pergerakan harga dicatatkan.

Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 136.136, 135.589, 135.243.

Paras resistance: 137.029, 137.375, 137.922.

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat