Asia Perlu Sedia Sebelum Fed Naikkan Kadar? Ini Penjelasan Pakar Ekonomi!

443

Negara-negara Asia perlu membendung penularan wabak coronavirus semasa untuk menyiapkan ekonomi mereka sebelum menghadapi kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada masa akan datang, kata ketua ekonomi Asia-Pasifik di Mood’s Analytics pada CNBC.

Pada minggu lalu, Federal Reserve (Fed) telah memberi isyarat bahawa kenaikan kadar faedah mungkin berlaku pada tahun 2023, iaitu lebih cepat daripada dijangkakan sebelum ini yang mengatakan kadar akan naik sekurang-kurangnya pada 2024.

Kadar faedah AS yang lebih tinggi akan menarik pelabur dari luar negara dan bank pusat di negara lain juga mungkin perlu meningkatkan kadar faedah mereka sebagai pertahanan.

Dengan meningkatkan kadar faedah, ia dapat membantu negara-negara mencegah daripada terlalu banyak modal meninggalkan ekonomi mereka, tetapi kenaikan kadar yang terlalu cepat cenderung ke arah risiko perlambatan ekonomi.

Steve Cochrane mengatakan bahawa negara-negara Asia perlu mengawal penularan Covid sebelum Fed meningkatkan kadar, supaya ekonomi kekal stabil dan dapat mengatur peralihan dasar.

Beliau juga meramalkan Fed mungkin akan meningkatkan kadar sebanyak 25 mata asas setiap suku tahun mulai tahun 2023. Dot plot, yang menjadi kegunaan Fed untuk memberi isyarat prospek bagi kadar faedah, menunjukkan dua kenaikan pada tahun tersebut.

Banyak ekonomi di Asia termasuk Jepun, Taiwan dan Malaysia telah menyaksikan lonjakan kes baru Covid-19 dalam tempoh beberapa bulan terakhir sehingga memaksa kerajaan melaksanakan beberapa langkah sekatan untuk membendung penularan.

Terdahulu, Bank Dunia mengatakan dalam sebuah laporan pada bulan ini bahawa output ekonomi di dua pertiga dari negara-negara Asia Timur dan pasifik akan tetap berada di bawah tahap pra-pandemik sehingga tahun 2022.

Faktor-faktor yang membantutkan pertumbuhan ekonomi di negara-negara tersebut adalah termasuk penularan wabak yang meluas dan kejatuhan pelancongan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat