AUD Menguat Diikuti Oleh NZD dalam Sesi Dagangan Eropah

59

Dollar Australia dan New Zealand mengukuh berbanding US Dollar selepas pengumuman positif data pekerjaan Australia. Kelemahan US Dollar pada sesi ini pula berikutan minit mesyuarat Fed tidak memberi sebarang petunjuk yang jelas mengenai kadar kenaikan pada masa akan datang.

AUD/USD memanjat 0.68% kepada 0.7708.

AUD-USD 18.08 Sesi Eropah
AUD/USD, 15 minit

Biro Statistik Australia melaporkan pada Khamis bahawa angka individu yang mendapat pekerjaan meningkat 26,200 pada Julai melebihi ramalan yang hanya menjangkakan peningkatan sebanyak 11,000. Sebelum ini, bilangan orang yang mendapat pekerjaan adalah sebanyak 10,800 pada bulan Jun .

Selain itu, kadar pengangguran juga dilaporkan menurun sebanyak 5.7%.

NZD/USD pula menguat 0.55%.

NZD/USD, 15 minit
NZD/USD, 15 minit

Sementara itu, matawang Amerika mengalami tekanan selepas mesyuarat Fed berikutan perbezaan pendapat mengenai jangkaan hala tuju kadar dalam jangka masa terdekat.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain mengalami kejatuhan 0.22%, iaitu nilai terendah sejak 24 Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat