AUD/USD Pamer Kenaikan Uji Paras Ketinggian Dagangan Minggu Lalu

518

Sentimen pasaran risk-on kembali menyokong semula dagangan matawang pulangan tinggi seperti dolar Australia dan New Zealand sementara US dolar bergerak lemah.

Pasaran kembali ditenangkan selepas komen Penasihat Perdagangan White House Peter Navarro pagi semalam ditarik balik susulan kenyataan beliau bahawa perjanjian perdagangan US-China telah berakhir mencetuskan panik sementara di sesi Asia.

Kemudian sentimen pulih pasaran telah melihatkan dagangan dolar Australia meneruskan pengukuhan berbanding US dolar ke paras tertinggi mingguan pada carta AUD/USD.

Kenaikan ke paras tertinggi tersebut sekitar 0.69700 menguji resistance pada dagangan minggu lalu sebelum harga kembali turun semula dan menutup dagangan pada sesi New York sekitar paras 1.69300.

Penurunan harga di hujung sesi New York didorong oleh data PMI pembuatan dan perkhidmatan US untuk bulan Jun yang meningkat dan hanya sedikit sahaja tersasar dari jangkaan. Namun, pengukuhan yang dipamerkan US dolar dijangka hanya sementara ekoran sentimen risk-on pasaran akan terus melemahkan matawang US itu.

Sesi pasaran Asia pada Rabu melihatkan pergerakan perlahan harga pada carta AUD/USD namun menunjukkan sedikit kenaikan dan masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang menyokong trend bullish harga.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menuju zon resistance di atas paras 0.70000 sebelum kenaikan lebih tinggi boleh mencapai paras sekitar 0.70800.

Namun jika penurunan harga berlaku, harga akan kembali turun semula menguji zon RBS (resistance become support) sekitar 0.69000.

Penurunan lebih rendah akan menuju pula zon support sekitar paras 0.68000 yang masih gagal ditembusi sepanjang dagangan Jun.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat