AUD/USD Tak Larat Nak Naik Walaupun Data Pekerjaan Australia Positif

374

Agak mengejutkan pasaran apabila laporan data pekerjaan Australia yang diterbitkan di sesi Asia pada Khamis mencatatkan pertambahan 111,000 berbanding jangkaan kehilangan 40,000 pekerjaan untuk bulan Ogos.

Sementara itu, kadar pengangguran juga telah menyusut sehingga ke paras 6.8% daripada 7.5% sebelum ini.

Sektor buruh yang positif akan kembali memberi kelegaan selepas kebimbangan yang melanda ekonomi susulan penularan pandemik di Australia.

Susulan laporan tersebut diterbitkan, dolar Australia melonjak kukuh pada sesi Asia namun kembali pamerkan penurunan semula.

Pada carta harga bagi pasangan matawang AUD/USD, harga membuat penurunan pada awal sesi Asia sebelum laporan diterbitkan menyambung penurunan pada selepas mesyuarat FOMC mengukuhkan matawang US dolar.

Namun, selepas laporan data pekerjaan Australia diterbitkan harga melonjak hampir 50 pips dari paras 0.72630 sehingga ke paras ketinggian sekitar 0.73100.

Kemudian harga kembali turun semula ke paras lonjakan harga bermula sebelum memperlihatkan pergerakan yang perlahan.

Faktor pengukuhan US dolar juga bakal memberi tekanan untuk harga ke paras lebih rendah sekitar 0.72400.

Kenaikan harga pula dilihat perlu menguji dan melepasi paras halangan 0.73000 pada zon SBR (support become resistance) sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju resistance 0.73400.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat