AUD/USD Telah Breakout Resistance 0.70900, Mampukah Harga Terus Naik Lebih Tinggi Hari Ini?

437

Sesi pasaran Asia pagi ini disajikan dengan minit mesyuarat dasar monetari terbaru oleh Reserve Bank of Australia (RBA) yang dikeluarkan pada jam 8.30 pagi tadi. Secara keseluruhannya dilihat ketidaktentuan untuk unjuran ekonomi di Australia berdasarkan bacaan pada minit mesyuarat.

Hal ini berkemungkinan menimbulkan sedikit kecelaruan untu bank pusat bagi membuat keputusan untuk menetapkan kadar pada masa akan datang.

Pasaran buruh menunjukkan peningkatan, tambahan pula kadar pengangguran turut menurun. Namun, data indeks harga rumah yang turut dikeluarkan bersama minit mesyuarat pagi ini mencatatkan angka yang merosot.

Namun, penganalisis pasaran masih melihat dagangan Aussie lebih baik berbanding USD yang berada dalam tekanan menjelang mesyuarat FOMC pada awal Khamis ini.

Berkemungkinan USD akan terus bergerak lemah sehingga keputusan pada penetapan kadar faedah dikeluarkan. Pelabur menjangkakan Fed akan mengekalkan kadar faedah setelah melihat kesukaran bagi langkah menaikkan kadar berikutan faktor pertumbuhan ekonomi global yang perlahan.

Jika dilihat pergerakan harga bagi pasangan matawang AUD/USD, harag berjaya membuat kenaikan pada dagangan semalam selepas breakout zon resistance 0.70900.

Kenaikan harga dari paras Magic Pivot semalam telah melepasi paras resistance MagicR1 dan MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga kembali turun menguji semula paras RBS (resistance become support) 0.70900 tersebut.

Dagangan yang bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini turut melihatkan harga menyentuh paras RBS 0.70900 sebelum harga bergerak naik lebih tinggi dari paras Magic Pivot 0.7099 hari ini namun kekuatan lonjakan harga tidaklah begitu ketara.

Jika harga membuat kenaikan hari ini, harga bakal menguji paras ketinggian yang dicapai harga semalam sekitar resistance 0.7119 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Kenaikan lebih tinggi harga berkemungkinan akan mencapai paras ketinggian semasa yang baru sekitar 0.71500 atau sedikit tinggi lagi ke paras resistance MagicR3.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula, paras RBS 0.70900 yang menjadi tumpuan harga itu akan kembali diuji dan pelabur akan melihat sejauh manakah penurunan yang mampu dicecah harga setelah berjaya breakout paras tersebut.

Lihat gambar chart pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras terbaik bagi posisi dagangan anda.

Paras support: 0.7078, 0.7057, 0.7036.

Paras resistance: 0.7119, 0.7140, 0.7161.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat