AUD/USD Terjun 140 Pips Tapi Melantun Semula Di Paras $0.6700

84

Sesi Eropah pada Selasa semalam dikejutkan dengan pengukuhan US dolar sehingga membenam kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran sebelum reda semula di sesi New York.

Penganalisis tidak melihat faktor yang jelas menyokong pengukuhan US dolar itu sementara pasaran masih lagi bergerak dalam suasana yang berisiko dengan volatiliti tinggi.

Namun, berkemungkinan pelabur sudah mula menjangkakan pengukuhan US dolar akan berlaku menjelang minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan pada awal pagi Khamis nanti.

Selain itu juga, kebimbangan terhadap laporan peningkatan kes Covid-19 di China yang boleh mendorong tekanan terhadap pasaran global akan turut memberi kelebihan kepada mata wang safe-haven US dolar.

Mata wang dolar Australia antara yang terkesan mengalami penyusutan nilai ketara semalam walaupun pada mulanya bergerak positif di sesi Asia.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD mencatatkan penurunan harian sekitar 140 pips semalam.

Pada mulanya, harga yang meningkat ke paras 0.68300 di sesi Asia sebelum di sesi berikutnya harga telah menjunam sehingga ke paras 0.67000.

Paras tersebut juga merupakan antara zon tumpuan dan harga juga telah melantun semula dari zon tersebut ke sekitar 0.67600 sebelum menutup dagangan penghujung sesi New York sekitar 0.67200.

Situasi kembali berubah pada dagangan yang bersambung hari ini (Rabu) apabila kenaikan harga dipamerkan semula sejak sesi Asia.

Harga telah menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD untuk isyarat awal perubahan trend bullish dan menuju semula ke zon 0.68300.

Jika harga berjaya melepasi zon ketinggian tersebut, zon rintangan pada 0.69000 pula akan menjadi sasaran bagi kenaikan lebih tinggi.

Namun, sebaliknya jika harga menjunam semula, paras sokongan pada 0.67000 dicecah semalam sekali lagi akan diuji.

Menembusi paras tersebut akan mendorong harga menuju ke sekitar 0.66500 untuk menguji zon support tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat