AUD/USD Terus Menyusur Rendah Di Zon $0.6800, Bakal Jatuh Rendah Lagi?

234

Dolar Australia menyusut ke paras terendah 7 minggu berbanding US dolar melepasi paras sokongan harga pada $0.68000, apabila pendirian agresif Federal Reserve (Fed) AS terhadap inflasi dan langkah sekatan Covid China yang diperbaharui menekan komoditi dan mata wang sensitif risiko.

Walau bagaimanapun, pelabur dilihat menantikan mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) yang dijangkakan untuk meneruskan peningkatan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada sesi Asia esok (Selasa).

Menilai laporan NFP minggu lalu, pertambahan pekerjaan AS berjaya meningkat kepada 315,000 untuk bulan Ogos mengatasi jangkaan 295,000, namun ia masih lagi berada di bawah paras bacaan data untuk bulan Julai yang meningkat kepada 526,000.

Data sektor pembuatan AS tinjauan ISM bakal menjadi tumpuan pada sesi New York malam esok untuk penilaian pelabur di samping akan mempengaruhi pergerakan US dolar.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD pada awal minggu ini, harga pada sesi Asia bergerak mendatar sehingga bersambung ke sesi Eropah, berlegar pada zon support 0.67700.

Harga yang dilihat bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD kekal memberi isyarat untuk harga menyambung pergerakan trend bearish di awal minggu ini.

Jika penurunan harga diteruskan, zon support 0.67700 bakal ditembusi sebelum harga catatkan paras terendah yang terbaru lagi minggu ini. 

Sasaran untuk paras terbaru untuk penurunan harga dilihat berada pada zon 0.67000 yang sebelum ini menjadi zon support harga pada dagangan Julai lalu.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula, lonjakan awal melepasi paras halangan MA50 akan dinilai sebagai isyarat untuk perubahan trend bullish sebelum zon rintangan sekitar 0.68400 bakal menjadi tumpuan awal untuk diuji harga.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan dilihat akan menguji pula rintangan seterusnya pada zon 0.69000 dan paras tertinggi minggu lalu pada 0.69500.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat