Australia Mencatat Pertumbuhan Kadar Pendapatan Sebanyak 0.5% Bagi Suku Tahun Ketiga

49

Bedasakan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Australia (ABS ), data pendapatan suku ketiga yang dikeluarkan pagi tadi meleset daripada jangkaan.

Data pendapatan (wage price index) meningkat 0.5% pada suku tahun ketiga berbanding dengan bacaan jangkaan yang mensasarkan peningkatan 0.7%. Peningkatan 0.5% ini sejajar dengan bacaan peningkatan suku tahun kedua.

Pertumbuhan kadar gaji tahunan meningkat keparas 2.0% daripada bacaan sebelumnya pada 1.9%. Namun peningkatan ini masih tersasar daripada bacaan jangkaan yang mensasarkan peningkatan 2.2%.

Menurut penganalisis peningkatan kadar gaji bagi suku tahun ketiga didorong oleh penambah baikan dalam kadar gaji minimum oleh sektor swasta.

Sektor swasta mencatat pertumbuhan kadar gaji sebanyak 1.86% setahun bebanding sektor kerajaan yang mencatat pertumbuhan kadar gaji sebanyak 2.37%.

Penganalisis ekonomi di Capital Economics, Paul Dales berkata, “Kenaikan dalam kadar gaji tahunan kepada 2.0% berbanding 1.9% pada suku kedua adalah isyarat yang menunjukkan pertumbuhan gaji mula naik dari paras terendah, namun ia juga dipengaruhi oleh kadar gaji minimum pada 1 Julai. Ini bermaksud data kali ini mengecewakan dan menggambarkan kadar gaji masih lemah.”

Menurut penganalisis pertumbuhan upah yang lemah boleh memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna dan inflasi.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat