Baca Update Terkini Pagi Ini Jika Anda Trader Sesi Asia!

44

Aussie melemah dalam sesi Asia pada Isnin menjelang kemaskini belanjawan persekutuan yang dilihat penting dalam penarafan rating AAA oleh S&P Global Ratings.

AUD/USD diadakan merosot sebanyak 0.19 peratus, manakala USD/JPY menurun sebanyak 0.13 peratus.

AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Di Jepun, data imbangan perdagangan bagi bulan November mencatat nilai surplus sebanyak ¥ 153 Billion. Angka eksport dan import juga dicatat merosot sebanyak 0.4 peratus dan 8.8 peratus. Setersunya, China dijadual akan melaporkan data harga rumah minggu ini.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 102.92.

Dalam minggu ini juga, pelabur dijangka akan menunggu pengumuman data keluaran dalam negara kasar bagi petunjuk tentang kekuatan ekonomi terbesar tersebut.

Sementara itu, Jepun juga akan mengumumkan dasar kewangan dari Bank of Japan pada hari Selasa, dengan kebanyakan pelabur menjangkakan bank akan mengekalkan kadar faedah negatif dan ssaran hasil bon kerajaan yang mantap.

Pada Jumaat lepas, US Dollar agak merosot berbanding matawang utama yang lain namun kekal berhampian paras tertinggi semenjak kenaikan kadar faedah yang telah diumumkan Fed sebelum ini.

Bank pusat tersebut juga telah mengumumkan kenaikan kadar faedah sebanyak 3 kali lagi pada tahun 2017.

 

Ini Pemilik Sebenar Indikator Stochastic dan Beliau Bukan Dari Malaysia!

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat