Bekas Eksekutif Nintendo Percaya Rancangan Metaverse Meta Pasti Gagal!

1,111

‘Jujur jelah, mesti ada antara korang yang percaya metaverse ni mesti gagal kan.’

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Operasi (COO) Nintendo, Reggie Fils-Aime berkata Meta Platfrom Inc bukan sebuah ‘syarikat inovatif’ dan rancangan metaverse-nya tidak akan berjaya dilaksanakan.

Dalam satu temu bual diantara Reggie Fils-Aime dan Emily Chang dari Bloomberg, beliau menzahirkan rasa kecewanya dengan Meta yang dianggap ‘pencilok‘ idea untuk menjadi ‘kononnya syarikat terawal’ yang menerajui dunia metaverse.

Umum mengetahui bahawa pada Oktober 2021 lalu, Mark Zuckerberg telah menukar nama Facebook kepada Meta sebagai salah satu langkahnya untuk menjadi pengguna awal yang memperkenalkan konsep metaverse.

Hujar Fils-Aime, Facebook bukanlah sebuah syarikat inovatif tetapi hanya mahu peroleh ‘manfaat menarik’ sahaja seperti apa yang dibuat dengan membeli Instagram dan Oculus, dan andai gagal peroleh benda menarik tersebut, mereka ingin menjadi ‘syarikat terawal’ yang menunggang idea orang lain.

Tambahnya lagi, Meta dilihat hanya memberi fokus kepada pengiklanan disebabkan iklan digital menyumbang 98% kepada hasil syarikat, maka rancangan metaverse-nya pasti menemui kegagalan kerana ‘untuk menjadi inovatif, pengguna harus diutamakan’.

Dalam pada itu, Fil-Aime percaya bahawa syarikat-syarikat kecil yang lebih berinovatif seperti Epic Games pasti akan berjaya dalam memacu metaverse untuk menjadi realiti suatu hari nanti.

Pihak Meta masih belum memberi kenyataan lanjut mengenai perkara ini.

Sementara itu, saham Meta mengalami penurunan 45% tahun hingga kini ekoran sesi penjualan pada minggu lalu selepas laporan pendapatan suku ke-4 mencatat pengurangan pengguna aktif dalam sehari buat pertama kalinya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat