Belum Ada Kata Putus Terhadap Isu Penangguhan Brexit- Matawang Pound Didagangkan Susut!

618

Matawang sterling terus didagangkan susut berbanding US dolar pada hari ini. Disisi lain matawang US dolar masih lagi mengekalkan pengukuhan berbanding matawang lain.

Berdasarkan soal selidik yang dikeluarkan pada hari ini oleh University of Michigan’s (UoM), keyakinan pengguna terus meningkat pada bulan Oktober dengan Indek Sentimen Pengguna naik daripada bacaan yang dikecapi pada bulan September iaitu 93.2 kepada 95.5.

Disisi lain,Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin akan berbicara melalui panggilan telefon dengan Naib Perdana Menteri China Liu He pada hari ini, dalam usaha untuk mengukuhkan lagi perjanjian perdagangan baru-baru ini.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam didagangkan kukuh sebanyak 0.17% ke paras 97.553 setakat jam 11.15 p.m.

Matawang pound masih mencatat penyusutan berbanding US dolar dengan susut sebanyak 0.11% kepada bacaan 1.2836.

Reuters melaporkan bahawa Perancis mahukan penangguhan Brexit disemak dengan saksama. Sumber turut mengatakan bahawa keputusan mengenai Brexit dijangka akan ditetapkan pada seawal minggu hadapan selepas duta-duta Kesatuan Eropah (EU) gagal untuk mencapai kata putus terhadap permintaan UK agar tarikh akhir Brexit dilanjutkan.

Dalam masa yang sama, matawang Euro masih juga susut dengan penyusutan sebanyak 0.15% kepada bacaan 1.1088 berbanding US dolar berikutan datan indeks keyakinan pengguna Jerman dilaporkan lemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat