Berbaki Sebulan Sahaja Lagi EIP-1599, Hard Fork London Ethereum Dilancarkan!

656

Penambahbaikan London yang ditunggu-tunggu komuniti Ethereum tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum dilancarkan selepas kodnya telah dilaksanakan ke testnet akhir, Rinkeby semalam.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh salah seorang pembangun Ethereum, Tim Beiko melalui laman Twitternya.

Untuk pengetahuan, hard fork London merupakan permulaan kepada naik taraf EIP-1559 yang telah dijadualkan bersiaran pada 4 Ogos nanti pada blok 12965000.

Sebagai rekod, blok pertama dihasilkan di testnet Ropsten pada 24 Jun lalu dan testnet Goerli merupakan kali pertama hard fork London terbentuk. Rinkeby merupakan fasa percubaan terakhir sebelum London bersiaran pada awal bulan depan.

Seperti yang diharapkan oleh pengikut Ethereum, EIP-1599 dapat mengurangkan kos gas. Pada masa yang sama penambahbaikan ini juga akan menyaksikan kos transaksi dibakar, sekaligus akan memberi kesan kepada bekalan Ethereum dari masa ke semasa.

Ketika penulisan, sekitar 89,148 ETH ($188,994,250) kos transaksi telah dibakar di testnets.

Sistem yang bercirikan deflasi mungkin dapat diperkukuhkan ketika rangkaian beralih kepada proof-of-stake sepenuhnya pada 2022. Buat masa sekarang, Ethereum masih kekal dengan proof-of-work.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat