BOC Bakal Buat ‘Tapering’ Lagi? Trader USD/CAD Mohon Baca!

338

Bank Pusat Kanada (BOC) dijangka akan mengurangkan pembelian asetnya sekali lagi pada mesyuarat polisi yang akan berlangsung pada minggu depan (14 Julai), menurut tinjauan yang dilakukan oleh Reuters.

BOC merupakan bank pusat yang pertama dalam G7 yang melakukan pengetatan polisi dengan mengurangkan program pembelian aset mingguan pada bulan April.

Berdasarkan prospek yang semakin meningkat, ia seterusnya dijangka akan mengurangkan pembelian sekali lagi pada pertemuan sesi Julai, sebanyak C$1 hingga C$2 bilion setiap minggu, menurut ahli ekonomi yang menjalani tinjauan bersama Reuters.

Seterusnya, para penganalisis turut meramalkan bahawa bank pusat akan mengurangkan pembeliannya menjadi C$1 bilion pada pertemuan Oktober, dan menghentikannya pada akhir 2021.

Kadar pembelian bon semasa yang dilaksanakan adalah sebanyak C$3 bilion.

Dalam pada itu, penganalisis juga mengunjurkan bahawa ekonomi yang didorong oleh eksport Kanada akan berkembang sekitar 6.2% pada tahun 2021, setelah mencatat penurunan tahunan paling ketara pada tahun lalu,

Pembacaan data pekerjaan Kanada pada malam ini akan menjadi tumpuan utama pelabur yang pastinya akan dijadikan petunjuk oleh bank pusat dalam menetapkan hala tuju dasar monetari pada minggu depan.

Ketika penulisan, dolar Kanada didagangkan rendah berbanding US dolar di tengah-tengah sentimen yang berisiko dan permintaan safe-haven yang meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat