Bersedia! Binance Bakal Singkirkan 5 Pasangan Dagangan Spot ini!

846

“Alamak, sebelum ni dah banyak alih keluar sekarang ada lagi.”

Bursa gergasi mata wang kripto Binance terkemuka di dunia tidak lama lagi bakal mengalih keluar beberapa pasangan dagangan spot daripada platformnya yang akan berkuat kuasa pada 25 Ogos 2023 esok.

Namun, para pengguna Binance dinasihatkan untuk mengambil perhatian tentang perubahan tersebut dan melakukan sebarang pelarasan diperlukan pada strategi dagangan mereka.

Dilaporkan, pasangan dagangan yang akan dikeluarkan daripada Binance pada tarikh berikut adalah ALCX/BUSD, PUNDIX/BUSD, FOR/BUSD, PEOPLE/BUSD, LOOM/BUSD, NMR/BUSD, SPELL/BUSD dan STORJ/BUSD.

Walaupun pasangan dagangan tersebut tidak lagi tersedia untuk didagangkan di platform, pengguna sungguh yakin bahawa mereka boleh terlibat dengan aset digital disenaraikan itu melalui pasangan dagangan lain yang tersedia di Binance.

Bukan itu sahaja, Binance turut mengumumkan pemberhentian perkhidmatan Trading Bots untuk pasangan dagangan yang akan berlaku pada hari sama semasa penyahsenaraian.

Oleh demikian, pengguna yang sedang menggunakan Trading Bots untuk pasangan dagangan itu digesa menyemak dan mengemas kini strategi mereka atau menghentikannya sebelum perkhidmatan ditamatkan jika ingin mengurangkan jumlah kerugian yang akan dialami.

Keputusan tersebut adalah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Binance yang berhasrat mengoptimumkan tawaran dagangannya termasuk memastikan pengalaman terbaik untuk penggunanya.

Dalam pengumuman itu, Binance juga mengingatkan pengguna bahawa pasukannya akan komited dalam menyediakan platform yang selamat dan inovatif untuk berdagang pelbagai jenis aset digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat