Bertukar Arah, EUR/JPY Telah Mula Papar Corak Penurunan Harga

184

Sentimen pasaran berisiko yang didorong oleh kebimbangan pasaran terhadap krisis geopolitik Rusia-Ukraine terus memberi impak terhadap pergerakan harga di awal minggu.

Mata wang safe-haven termasuk Yen Jepun mendapat manfaat dalam situasi sentimen risk-off seperti ini ekoran pelabur beralih kepada pelaburan selamat.

Jika dinilai pada pergerakan harga carta pasangan mata wang EUR/JPY, corak kenaikan harga pada minggu lalu telah berakhir apabila pengukuhan Yen telah berjaya menekan semula harga lebih rendah pada penutup dagangan penghujung minggu.

Paras ketinggian sehingga zon 133.00 telah dicapai pada Khamis lalu, namun harga telah menjunam semula ke paras sekitar 130.500 sebelum dagangan minggu lalu berakhir.

Bersambung pada dagangan awal minggu ini, penurunan harga masih dilihat dengan harga menyentuh paras 130.100 pada Isnin semalam namun harga pantul dan berlegar semula sekitar 130.500 sehingga bersambung pada dagangan hari ini (Selasa).

Setakat sesi Eropah, harga masih mendatar di bawah paras 130.500 dan pergerakan harga yang kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) turut memberi isyarat bearish.

Sekiranya sentimen pasaran berisiko terus menyokong pengukuhan Yen, penurunan harga lebih rendah bakal dijangkakan untuk menuju ke zon support 128.400.

Penurunan lebih rendah pula dilihat bakal mencecah paras 127.400 yang sebelum ini menjadi zon tumpuan harga pada dagangan Disember 2021.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan semula, zon SBR (support become resistance) pada 131.600 bakal diuji.

Melepasi paras halangan MA50 pada rangka masa 1 jam pergerakan harga juga akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish semula.

Kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan sehingga ketinggian 133.500 yang masih lagi gagal dicapai harga minggu lalu.

Bagi mata wang Euro, beberapa data ekonomi serta sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW yang bakal diterbitkan pada sesi Eropah sebentar lagi dijangka mempengaruhi perubahan nilai Euro.

Lihat gambar carta pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat