Bill Ackman Nak Beli BTC, Tapi Atas Sebab Yang Salah?

448

“Alamak apa maksudnya? Sebabnya untuk beli BTC salah sangat ke?”

Bill Ackman, trader short legenda dan pelabur billionaire yang berhasrat membeli Bitcoin (BTC) telah menyerlahkan bagaimana pendakian harga mata wang kripto pada minggu lalu menyebabkan miners memakan sejumlah besar tenaga.

Membentang senario oleh Ackman, kenaikan harga BTC akan membawa pada peningkatan dalam miners kemudian penggunaan tenaga lebih besar yang seterusnya memacu kos tenaga termasuk mencetuskan pencanakan inflasi dan penurunan nilai dolar Amerika Syarikat (AS).

Bukan itu sahaja, beliau juga menyatakan bahawa permintaan bagi aset digital tersebut bakal melonjak dan sejajar dengan itu, permintaan untuk lebih banyak miners serta tenaga akan timbul.

Ia turut menegaskan kitaran tersebut bersedia untuk diteruskan dan Ackman mengakhiri pandangannya dengan mengatakan beliau mungkin harus membeli sedikit BTC yang kini sudah memecahkan paras $71,000.

Naratif dibentangkannya menjana banyak maklum balas daripada pemain industri yang cuba menentang analogi mining BTC susulan terdapat sesetengah responden menyatakan sistem perbankan tradisional guna lebih banyak tenaga daripada BTC

Selain itu, pengasas MicroStrategy Michael Saylor yang memegang 193,000 BTC telah berkata bahawa miners BTC bantu mengurangkan kos elektrik untuk pengguna lain dan Ackman perlu beli BTC bukan kerana disebutkan dalam kata-katanya.

Walaupun tiada jaminan diberikan pada masa ini, jangkaan semakin meningkat untuk melihat sama ada Saylor akan dapat mengubah fikiran Ackman seperti yang diandaikan beliau menukar Elon Musk pada tahun 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat