Bitcoin Catat Sejarah Kekal Atas $10,000 Selama 63 Hari!

240

Bitcoin (BTC) terus mencatatkan lonjakan dengan rekod penutupan harian terbaru melepasi $10,000 sejak 27 Julai lalu.

Berbeza dengan rekod terdahulu, BTC mencipta sejarah untuk pertama kalinya kekal di atas $10,000 dalam jangka masa yang panjang, iaitu 63 hari!

Ini sesuatu yang menggembirakan buat pelabur bitcoin setelah berhadapan dengan penyusutan BTC dari harga tertinggi $12,500 ke paras terendah hampir $9,800.

Walau bagaimanapun, BTC/USD berjaya mengelak daripada penutupan harian di bawah lima angka bagi setiap penyusutan yang berlaku.

Sejak daripada penurunan pada awal September, bitcoin sentiasa pulih dan telah didagangkan pada harga antara $10,000-$11,000. Malah, aset digital itu dilihat berusaha untuk melonjak ke harga lebih tinggi.

Bagi beberapa penganalisis matawang kripto, termasuk pemilik Cointelegraph, Michael van de Poppe, menjelaskan risiko penyusutan harga yang berlaku sebelum ini berkemungkinan untuk menguji semula tahap ‘support‘ pada sekitar harga $9,600, iaitu jurang atau gap yang berlaku di niaga hadapan CME.

Namun, lonjakan sementara dari harga $9,800 gagal mengisi jurang itu, membuka harapan untuk berlaku lonjakan semula. Namun, lonjakan yang berlaku masih kurang meyakinkan kerana harga masih belum berjaya menembusi paras $11,000.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat