Boom! GBP/USD Akhirnya Pecah Tembok $1.4000

1,116

Data tumpuan sesi Eropah hari ini terarah kepada penerbitan data jualan runcit UK yang merosot dengan ketara pada bulan Januari disebabkan oleh banyak kedai-kedai tidak penting ditutup untuk mengekang penularan Covid-19.

Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan kejatuhan sebanyak 8.2% pada bulan lalu, jauh tersasar dari jangkaan untuk menurun 2.%. Penurunan ini juga yang kedua terbesar selepas kejatuhan pada bulan April 2020, iaitu pada awal penularan wabak ini.

Matawang pound bagaimanapun gagal memberi reaksi terhadap bacaan yang lemah ini, sebaliknya melonjak lebih tinggi sehingga mencecah paras harga 1.4000 berbanding US dolar pada sesi Eropah, iaitu paling tinggi dalam tempoh hampir 3 tahun.

Selain dari data jualan runcit, fokus pasaran turut tertumpu pada data PMI UK yang menunjukkan bacaan memberangsangkan. Sektor pembuatan dan perkhidmatan UK masing-masing mencatatkan pertumbuhan melebihi jangkaan pasaran.

Walaupun masih lagi mencatatkan penguncupan, iaitu di bawah bacaan 50, aktiviti perniagaan UK dilihat meningkat lebih tinggi dari bacaan terdahulu dan unjuran pasaran.

Bacaan memberangsangkan ini telah menguatkan lagi dagangan matawang pound dan mendorongnya lebih tinggi, yang sebelum ini telah mendapat sokongan daripada kelemahan USD.

Sementara itu, pasaran juga diperlihatkan dengan penerbitan data PMI, di mana aktiviti perniagaan di Zon Eropah terus terkesan oleh sekatan coronavirus yang lebih ketat menyebabkannya mencatat pengucupan untuk bulan keenam berturut-turut.

Bagaimanapun, situasi ini berbeza pula dengan aktiviti perkilangan Eropah yang mencatatkan pemulihan lebih kuat daripada dijangkakan, dengan meningkat ke tahap tertinggi sejak Februari 2018. Peningkatan ini didorong oleh permintaan yang kuat terhadap barangan pembuatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat