BTC Cantas Kedudukan JP Morgan, Mastercard Dengan Modal Pasaran $416 Bilion!

1,120

Semalam Bitcoin (BTC) mencatat sejarah dengan lonjakan harga aset melepasi $21,000 membawa kepada jumlah permodalan pasaran mencecah $390 bilion.

Lebih mengujakan, ketika penulisan harga BTC berada di $22,260 menjadikan permodalan pasaran meningkat kepada $416 bilion.

Secara tidak langsung, jika dibandingkan dengan permodalan pasaran saham utama, raja kripto ini berada di kedudukan #12 menangani bank utama dunia, JP Morgan & Chase Co. termasuk Walmart, Mastercard dan Disney!

Aset Satoshi Nakamoto kini berhadapan dengan Visa Inc., Berkshire Hathaway Inc., Tesla Inc., Tencent Holdings Ltd, Alibaba Group Holdings Ltd, Facebook Inc., Alphabet Inc. (firma Google), Amazon Inc., Microsoft Corporation dan Apple Inc..

Bitcoin juga berjaya memotong matawang fiat, menjadi matawang ke-15 terbesar dunia jika dibandingkan dengan bekalan wang M1*.

Sweden misalnya, keseluruhan bekalan wang M1 telah dikalahkan dengan permodalan pasaran Bitcoin semasa yang jauh lebih bernilai.

Manakala BTC berada di tangga ke-28 berbanding bekalan wang M2** di Luxembourg dan Poland.

Pokok pangkalnya, kunci kepada prestasi Bitcoin bergantung kepada kecairannya. Kecairan matawang negara tertumpu di wilayah tertentu dan saham konvensional juga memiliki sekatan pelaburan.

 

*M1 = wang kertas + duit syiling + deposit semasa (tabungan dalam akaun semasa di bank yang dapat ditunaikan dengan cek)
**M2 = M1 + separa wang (wang hampir: deposit tabungan dan deposit tetap bank)

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat