WOW! AUD/USD Menuju Puncak Gemilang Cahaya

433

Sentimen risk-on pasaran memberi faktor sokongan terhadap dagangan mata wang komoditi dalam pasaran dengan dolar Australia dan dolar New Zealand masing-masing mencatatkan paras ketinggian terbaru berbanding US dolar pada minggu ini.

Dolar Australia meneruskan pengukuhan nilai dagangannya pada sesi Asia pagi ini susulan laporan data pekerjaan Australia yang diterbitkan positif.

Pertambahan pekerjaan untuk bulan November mencatatkan 90,000 pekerjaan lebih tinggi berbanding jangkaan 40,900 pasaran. Sementara kadar pengangguran menurun ke paras 6.8% apabila pasaran menjangkakan kadar tidak berubah pada 7.0%.

Sementara itu juga, pelabur tetap memantau perkembangan hubungan dagang antara China dan Australia berikutan beberapa isu perselisihan yang timbul yang berpotensi memberi kesan terhadap pasaran.

Pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah melonjak melepasi zon rintangan 0.75700 selepas penurunan harga gagal menembusi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan harga diteruskan pada sesi Asia pagi ini ke sekitar paras ketinggian 0.76000 setakat awal pembukaan sesi Eropah sekaligus merekodkan paras tertinggi terbaru sejak Jun 2018.

Momentum kenaikan harga bakal diteruskan sekiranya US dolar turut kekal lemah dalam pasaran dengan paras ketinggian seterusnya dilihat pada sekitar 0.76500.

Sekiranya penurunan harga berlaku, paras 0.75700 akan menjadi tumpuan semula untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Penurunan di bawah zon tersebut kembali memberikan isyarat perubahan trend bearish harga yang bakal bermula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat