Bursa Kedua Terbesar Dunia Akan Menawarkan Futures Untuk Bitcoin Tahun Depan

153

Wallstreet Journal melaporkan bursa kedua terbesar dunia, National Association of Securities Dealers Automated Quotations (Nasdaq) akan manawarkan niaga-hadapan (futures) Bitcoin seawal pertengahan tahun depan. Sebelum ini Chicago Mercantile Exchange (CME) dan CBOE juga dilaporkan akan memasukkan niaga-hadapan (futures) bitcoin hujung tahun ini.

Kombinasi oleh beberapa pusat tukaran terbesar ini dijangka akan membawa sentimen yang semakin positif kepada industri matawang-Crypto.

Bursa kedua terbesar dunia Nasdaq di belakang New York Stock Exchange (NYSE) ini dijangka meningkatkan lagi penerimaan masyarakat dunia terhadap matawang digital. Nasdaq juga dikenali sebagai ‘haven‘ kepada ekuti berkaitan teknologi.

Bitcoin sebelum ini dikatakan terlalu volatile dalam pergerakan harganya dan sukar untuk diambil serius dalam pasaran kewangan. Walaupun dengan pelbagai dakwaan negatif, matawang-Crypto tetap meneruskan kenaikan.

Bitcoin pada Selasa telah melepasi harga $10,000 dan tidak sampai sehari pada Rabu ia telah menembusi harga $11,000. Namun, terdapat kejatuhan harga yang begitu banyak pada Rabu sehingga 20% yang membawa Bitcoin kepada harga $9001 dan kini setakat  pukul 3.40 petang pada Khamis harga Bitcoin telah pulih kepada $10,018.

Selain itu, Etherium juga membuat kejatuhan sehingga $401.04 selepas mencapai paras tertinggi $517 pada Rabu. Kini harga Etherium di Bitfinex berada di sekitar $430 setakat pukul 3.35 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat