Bursa Kekalkan Momentum Lantunan Semalam Atas Sebab Ini

153

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bertambah 0.24 mata pada 1,542.14 daripada penutupan Selasa pada 1,541.9.

Indeks dibuka 0.51 mata pada 1,542.41.

Ia dibuka tinggi selepas pelabur mengambil isyarat prestasi semalaman Wall Street dan bursa tempatan.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi dengan 162 berbanding 123, manakala 265 kaunter pula tidak berubah, 1,723 tidak didagangkan dan 16 digantung.

Jumlah perolehan pada 198.84 juta unit bernilai RM63.29 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan sentimen positif dalam pasaran akan berterusan namun kenaikan harga mungkin terhad kerana menjejaki sentimen bercampur di Wall Street.

Selain itu, harga minyak mentah berada pada paras US$80 setong apabila Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya memutuskan untuk melaksanakan rancangan peningkatan pengeluaran minyak pada Februari dan sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai lebihan pada suku pertama.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) susut 3 sen pada RM8.33, IHH Healthcare Bhd kuncup 4 sen pada RM6.78 sementara Public Bank dan Petronas Chemicals Group Bhd kekal pada RM4.13 dan RM8.78.

Seterusnya, CIMB Group Holdings Bhd tambah 2 sen pada RM5.44 dan Tenaga Nasional Bhd naik 1 sen pada RM9.19.

Saham aktif memperlihatkan Bintai Kinden Corp Bhd dan SMTrack Bhd naik 0.5 sen pada 21 sen dan 26 sen, Avillion Bhd tambah 11 sen sementara Iris Corp Bhd kekal 18 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 7.51 mata pada 11,208.74, FBM Emas Shariah tambah 0.86 mata pada 12,055.88 dan FBM ACE macu 28.5 mata pada 6,600.81.

Sementara itu, FBM 70 jatuh 10.16 mata pada 14,293.41 dan indeks FBMT 100 susut 0.47 mata pada 10,892.37.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan memuncak 0.03 mata pada 201.98, indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 22.91 mata pada 15,656.78 sementara indeks Perladangan menyusut 2.76 mata pada 6,626.16.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat