Bursa Mula ‘Langkah Kiri’ Pada Q4, Ringgit Pula Baik Tak Payah Cerita

170

Memasuki suku terakhir tahun 2022, Bursa Malaysia memulakan dagangan pada nota negatif dengan latar belakang penurunan semalaman pada Wall Street.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, data perbelanjaan peribadi pengguna Amerika Syarikat yang kukuh pada Ogos mengembalikan kebimbangan kenaikan kadar faedah dan menekan ekuiti untuk terus bergerak lemah.

Atas faktor itu, kegawatan pasaran global diramal berlanjutan dengan ketakutan lonjakan pada kadar inflasi boleh membawa kepada kemelesetan.

Sungguhpun begitu, firma menjangkakan aktiviti bargain-hunting akan berlaku menjelang pembentangan Bajet 2023 pada minggu ini.

Dalam pada itu, indeks FTSE KLCI (FBM KLCI) turun 3.70 mata pada 1,390.93 daripada penutupan Jumaat pada 1,394.63 dengan pembukaan lemah 0.93 mata pada 1,393.70.

Di pasaran meluas, kerugian pada 224 atasi keuntungan pada 83, manakala 198 kaunter pula tidak berubah, 1,848 tidak didagangkan dan 31 digantung.

Jumlah perolehan pada 96.49 juta unit bernilai RM41.53 juta.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank Bhd turun 1 sen pada RM8.57 dan RM4.22, CIMB Group Holdings Bhd jatuh 2 sen pada RM5.11 dan Petronas Chemicals Group Bhd naik 1 sen pada RM8.40 sementara IHH Healthcare Bhd kekal pada RM5.90.

Saham aktif memperlihatkan SNS Network Technology Bhd dan Vinvest Capital Holdings Bhd naik 0.5 sen pada 28 sen dan 20 sen sementara Harvest Miracle Capital Bhd tambah 2 sen kepada 12 sen tatkala XOX susut 0.5 sen pada 1.5 sen dan PT Resources Holdings Bhd kekal pada 46 sen.

Di papan indeks, FBM Emas kurang 32.83 mata pada 9,944.03, FBM 70 susut 56.31 mata pada 12,145.50, FBMT 100 turun 30.42 mata pada 9,698.28, FBM Emas Shariah jatuh 40.96 mata pada 9,967.07 dan FBM ACE kuncup 10.7 mata pada 4,647.17.

Segi sektor, indeks Tenaga turun 3.51 mata pada 666.67, indeks Perkhidmatan Kewangan susut 10.34 mata pada 15,912.11, indeks Produk serta Perkhidmatan jatuh 0.88 mata pada 168.99 sementara indeks Perladangan naik 17.89 mata pada 6,491.65.

Sementara itu, ringgit terus bergerak lemah 4.6400/6445 berbanding dolar daripada penutupan lalu pada 4.6360/6390.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat