Bursa Saham Dow Jones Catat Kejatuhan Terburuk Satu Hari? Pasaran Semakin Bimbang!

979

Bursa saham utama Wall Street mencatat kejatuhan sebanyak 7% dan Bursa Dow Jones pula merosot sebanyak 2,000 mata. Kejatuhan ini merupakan merupakan kejatuhan terbesar satu hari sejak dagangan kembali dibuka pada hari Isnin berikutan kejatuhan harga minyak sebanyak 22%.

Dagangan bursa saham A.S dihentikan seketika sejurus selepas pembukaan pasaran pada hari Isnin berikutan bursa saham S&P 500 jatuh sebanyak 7% yang mencetuskan situasi panik.

Harga minyak mentah catat kejatuhan ketara apabila tercetusnya perang harga minyak oleh Arab Saudi apabila cadangan pengurangan pengeluaran tidak dipersetujui oleh Rusia. Perang harga yang dilancarkan oleh Arab Saudi pada Sabtu lalu, bukan sahaja telah mencetuskan panik dalam pasaran minyak, malah pasaran matawang dan saham global turut terjejas teruk.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sebanyak hampir 1% kepada paras 95.000 setakat jam 10.50 p.m.

Disisi lain, matawang pound mencatat pengukuhan berbanding US dolar kepada paras $1.3116 dengan pengukuhan sebanyak 0.53%. Matawang Euro pula mencatat pengukuhan sebanyak 1.21% kepada paras harga 1.1421 setakat jam 10.55 p.m.

Jumlah kematian di Itali meningkat kepada 366 korban pada Ahad dan kes jangkitan meningkat kepada 7,000..Pada hari ini, Itali telah mengarahkan lebih 15 juta penduduknya di utara Itali untuk diletakkan di bawah perintah kuarantin sehingga 3 April. Sekatan ini berpotensi membantutkan aktiviti ekonomi di negara itu.

Jumlah keseluruhan kematian akibat COIVD-19 seluruh dunia melebihi 3,800 kematian dan kes jangkitan yang disahkan telah melepasi angka 110,000 kes.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat