Cardano (ADA) Kembali Bangkit Lebih Kuat!

341

Pasaran kripto kembali ‘bernafas’ ketika pelabur mula melihat tanda-tanda pemulihan dalam dagangan Bitcoin (BTC) pada permulaan awal minggu ini.

Raja kripto BTC kembali didagangkan di atas paras harga $31,000 selepas mengalami kerugian selama sembilan minggu berturut-turut.

Ini turut disusuli oleh peningkatan mata wang kripto lain terutamanya Cardano (ADA) yang mendahului dengan lonjakan sekitar 14% untuk diperdagangkan di atas $0.64 pada hari Selasa.

Ekosistem Cardano telah menyaksikan beberapa tarikan yang ketara apabila harga menembusi paras rintangan $0.50 susulan pelancaran token penghubung Ethereum-Cardano.

Token stablecoin USDC dan ERC-20 IAG kedua terbesar di dunia kini boleh disambungkan daripada Ethereum ke rangkaian Cardano melalui ‘Iagon bridge yang dikuasakan oleh sidechain Milkomeda.

Ia merupakan penyelesaian asas yang akan membantu membawa sejumlah besar dana ke rangkaian.

Sepanjang tempoh 7 hari yang lalu, Cardano telah mencatatkan peningkatan dalam nilai dengan memperoleh keuntungan lebih 25%.

Dalam pada itu, pelabur turut diperlihatkan dengan pengukuhan mata wang kripto utama lain, di mana Ethereum (ETH) stabil pada $1,970 manakala Solana (SOL) pula didagangkan pada sekitar harga $46.40.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat