Cardano (ADA) Kini Disenaraikan Di Robinhood

154

Kalau Disenaraikan Dalam Robinhood Pun, Boleh Ke Harga Cardano Naik?

Robinhood, aplikasi perdagangan saham dan kripto tanpa komisen, mengumumkan penyenaraian Cardano (ADA) selepas banyak permintaan daripada penggunanya.

Cardano membenarkan pengguna membeli dan menjualnya tanpa komisen serta yuran tambahan, akan tetapi kemudahan pemindahan masih belum tersedia di Robinhood.

Disebabkan itu, komuniti Cardano menjadi lebih optimis terhadap Cardano walaupun hard fork Vasil kemungkinan besar akan berlaku pada bulan September, ujar Charles Hoskinson, pengasas Cardano.

Malah, penyenaraian Robinhood dalam mata wang kripto teratas seperti Compound (COMP), Shiba Inu (SHIB), Polygon (MATIC), Solana (SOL), Chainlink (LINK), Avalanche (AVAX) dan Stellar (XLM) sebelum ini berjaya mengakibatkan mata wang kripto tersebut melonjak lebih tinggi.

Kini, Robinhood turut menambah sokongan untuk deposit dan pengeluaran token MATIC pada rantaian Polygon agar pengguna boleh menggunakan 37,000 dApps pada Polygon seperti AAVE, Uniswap serta Balancer bagi melaksanakan aktiviti meminjam, menyediakan kecairan termasuklah pertukaran.

Sementara itu, harga Cardano tidak menampakkan sebarang pergerakan kukuh sehingga kini kerana harga didagangkan pada $0.44 iaitu turun hampir 3% dalam tempoh 24 jam lalu, manakala harga saham Robinhood Markets (HOOD) didagangkan pada $9.04 iaitu turun lebih 5%.

Walakin begitu, jangkaan hard fork Vasil mungkin akan menolak harganya melebihi $0.55 sekali lagi pada bulan September.

Tambahan daripada itu, komuniti Cardano mendorong Coinbase untuk menaik taraf kepada 1.35.3 kerana hard fork vasil tidak akan dilaksanakan sehingga 5 bursa teratas bersedia menyediakan kecairan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat