Cari Pasal Dengan PEPE, Coinbase Diserang Komuniti Kripto!

178

“Ingat ye jangan pandang rendah dengan PEPE kalau tak nak kena hentam.”

Komuniti mata wang kripto dan penyokong tegar memecoin PEPE telah mengkritik bursa gergasi aset digital Coinbase dan meminta pengasasnya Brian Armstrong untuk memohon maaf serta membuang perkataan negatif yang dilakukannya.

Diperjelaskan lebih terperinci, Coinbase dilaporkan menghantar e-mel tentang PEPE kepada para penggunanya dengan berkata bahawa lama kelamaan aset digital tersebut akan menjadi simbol kebencian.

Bukan sahaja membandingkan bursa kripto Gemini dan Coinbase, malah “#DELETECOINBASE” baru-baru ini menjadi trend di Twitter apabila komuniti didapati ingin memadam akaun Coinbase mereka jika pasukannya masih tidak hapuskan kenyataan yang agak sensitif itu.

Selain menyenaraikan PEPE dalam platform mereka untuk menunjukkan sokongannya, Gemini turut berhasrat mengembangkan lagi perkhidmatannya dalam pasaran kripto secara global pada masa hadapan.

Sementara David Gokhshtein, pengasas Gokhshtein Media dan bekas calon Kongres pula menyatakan bahawa Coinbase mampu kehilangan majoriti pelanggannya sekiranya secara berterusan tidak menghormati PEPE.

Artis digital popular Beeple turut menyiarkan gambar Pepe Army mengambil alih Coinbase manakala influencer kripto Kenobi, Pauly dan Autism Capital berkata bahawa PEPE adalah tentang cinta, ekuiti dan bantahan terhadap entiti disokong hedge fund susulan mengambil kesempatan daripada komuniti Web3 secara salah.

Pada masa ini, komuniti telah mendesak Coinbase untuk menyenaraikan PEPE sebagai tindak balas kepada maklumat yang salah tentang memecoin tersebut.

Setakat penulisan ini, harga PEPE menjunam sebanyak 15.53% pada paras $0.000001634 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $639 juta tetapi masih mencatatkan kenaikan 28.38% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat