CEO Apple Tim Cook Tidak Menang Tangan Terima Geran Saham Bernilai Lebih $114 Juta!

338

CEO Apple, Tim Cook beruntung kerana menerima bonus saham, bernilai hampir $114 juta sebagai penghargaan usahanya di firma gergasi itu.

Laporan daripada United States Securities and Exchange Commission menyatakan individu tersebut menerima 333,987 unit stok terhad atau $38 juta pada 27 September lalu.

Sepertiga daripada pemberian tersebut akan diberikan pula pada 1 April setiap tahun bermula 2023 sehingga 2025. Seperti yang dipersetujui, setiap saham terhad akan memberi Cook hak penerimaan satu saham Apple yang biasa.

Saham tersebut merupakan pampasan utama Cook walaupun pada masa yang sama beliau menerima gaji dan bonus tahunan.

Ini merupakan gerannya yang pertama sejak 2011 dan tidak mustahil beliau akan menerima lagi 667,974 unit saham jika Apple berjaya mencapai target pasaran saham.

Pada Oktober 2023, sekali lagi Cook akan menerima 333,987 unit stok berdasarkan usahanya di dalam firma tersebut.

Pada bulan lepas, Cook telah berjaya meraih gelaran ‘bilionair’ setelah saham Apple mencecah hampir $2 trilion!

Saham Apple ditutup hampir 0.8% lebih rendah pada $114.09 semalam dan melonjak hampur 0.2% pada akhir sesi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat