CEO Binance Tampil Buat Pendedahan Mengenai Portfolio Pelaburan Kripto Beliau!

3,693

Ketua Pegawai Eksekutif Binance, Changpeng Zhao baru-baru ini telah mendedahkan portfolio beliau dalam salah temu bual bersama Associated Press. Dalam temubual tersebut beliau mengesahkan bahawa satu-satunya aset kripto yang dimilikinya selain dari Binance Coin (BNB) ialah Bitcoin (BTC).

Beliau menyatakan bahawa beliau telah membeli Bitcoin pada tahun 2014 dan masih memegang kebanyakkannya. Selain itu, Zhao mengumumkan hasratnya untuk mensalurkan sebahagian kekayaannya.

Kata Zhao,” Saya membeli beberapa Bitcoin pada tahun 2014. Saya menghabiskan sedikit daripadanya dari semasa ke semasa, tetapi saya memegang sebahagian besar daripadanya. Aset kripto lain yang saya pegang,yang merupakan majoriti nilai bersih saya, ialah BNB. Dalam masa yang sama saya berhasrat untuk menyalurkan sebahagian besar kekayaan saya.”

Dalam temubual tersebut beliau juga menyatakan bahawa peluang yang ditawarkan pasaran kripto adalah diluar jangkaan. Lonjakan aset kripto meme adalah antara contoh jelas.

“Untuk sesuatu yang berharga, anda hanya memerlukan seorang lagi untuk membelinya. Untuk sesuatu mempunyai kecairan, anda memerlukan sejumlah besar orang untuk membeli atau menjualnya. Sebaik sahaja anda mempunyai kecairan, sesuatu perkara mempunyai nilai mengikut pasaran” – Zhao

Dalam temu bual itu Zhao turut membincangkan pelbagai aspek peraturan kripto dan bagaimana penerimaan kripto boleh menjadi besar-besaran. Beliau menegaskan bahawa kripto mempunyai ‘volatility’ yang tinggi memandangkan ia adalah pasaran yang agak kecil, berbanding dengan aset tradisional. Dengan kata lain, semakin besar pasaran makan akan semakin kurang volatitiliti.

Semasa penulisan, harga BTC didagangkan pada paras harga $59,667.02 dengan kejatuhan sebanyak 1.83% dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat