USD Henti Kenaikan, Pound & Yen Manfaat Peluang Kaut Untung

476

Greenback terus mempertahankan penguasaan berbanding persaing utamanya walaupun matawang gergasi itu dilihat telah menghentikan kenaikan pada sesi Asia.

Berbanding enam matawang utama lain, indeks dolar diniagakan menguat pada 95.75, susut sedikit dari tahap tertinggi yang dicapainya pada sesi sebelum ini sekitar harga 96.20.

Penyusutan ini telah memberi peluang buat matawang yen dan pound untuk mencatat peningkatan, di mana yen disokong oleh hasil bon AS 10 tahun yang turut merosot.

Namun, matawang ninja itu masih didagangkan di sekitar paras terendah 4 setengah tahun berbanding greenback pada 114.00.

Sementara pound sterling pula memanfaatkan data inflasi UK yang kuat dengan pergerakan harga dilihat menghampiri paras 1.3500 berbanding US dolar pada sesi Asia.

Kadar inflasi UK melonjak ke tahap tertinggi 10 tahun pada bulan lepas, sekali gus mengembalikan semula harapan pasaran untuk Bank Pusat England (BOE) menaikkan kadar faedahnya.

Menjadi tumpuan pelabur hari ini adalah data tuntutan pengangguran AS yang dijangka akan terus menunjukkan pengukuhan dalam pasaran buruh dan ucapan beberapa penggubal dasar Federal Reserve (Fed) yang akan dijadikan petunjuk untuk penetapan dasar bank pusat akan datang.

Meneliti pergerakan matawang Asia, dolar Aussie terus didagangkan lemah di tahap terendah enam minggu. Data pertumbuhan upah Australia suku ketiga yang lemah menguatkan lagi pendirian dovish RBA untuk mengekalkan kadar faedah.

Dolar kiwi turut melemah, dengan tumpuan pelabur kini terarah kepada data jangkaan inflasi untuk suku ketiga yang akan dikeluarkan oleh Bank Pusat New Zealand (RBNZ).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat