CEO Ripple Nak Jumpa Ahli Kongres AS, Berita Baik Untuk XRP?

401

“Macam berita baik je untuk XRP”

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ripple Brad Garlinghouse akan ke Washington D.C untuk bertemu ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) bagi berbincang tentang rang undang-undang (RUU) mata wang kripto yang dicadangkan.

Selain Garlinghouse, Ketua Pegawai Undang-undang (CLO) Ripple bernama Stuart Alderoty, Ketua Dasar Awam Global Rob Grant termasuk Naib Presidennya adalah antara individu yang turut melawat Washington D.C.

Hal ini kerana mereka ingin mempunyai perbincangan terus bersama penggubal undang-undang untuk mendapatkan kejelasan peraturan.

Umum mengetahui Dewan Republikan AS telah menyemak Inovasi Kewangan dan teknologi untuk Akta Abad Ke-21 manakala satu lagi rang undang-undang penting iaitu Akta Kejelasan untuk Pembayaran Stablecoin 2023 masih belum dapat sokongan mencukupi daripada ahli Kongres AS.

Jadi di sini dapat dilihat bahawa langkah dilakukan oleh Garlinghouse tersebut adalah salah satu perkembangan positif untuk pasaran kripto bangkit semula daripada kejatuhan berterusan dihadapinya sebelum ini.

Terdahulu pada 13 Julai 2023, Hakim Analisa Tores telah memutuskan dalam Summary Judgment  bahawa aset digital diasaskan Ripple iaitu XRP bukanlah sekuriti dan firma tersebut sama sekali tidak melanggar sebarang undang-undang sekuriti AS.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) pada masa ini sedang menunggu kelulusan untuk merayu keputusan tersebut tetapi perbicaraan juri mungkin akan bermula pada suku kedua 2024.

Setakat penulisan ini, harga XRP mencanak sebanyak 0.63% pada paras $0.51 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $27 bilion kemudian merekodkan pendakian 7.12% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat