Chainlink Garang Melonjak Naik 100%!

444

Chainlink dibangunkan sebagai rangkaian blockchain desentralisasi yang menghubungkan jurang antara oracle, iaitu menghantar data dunia sebenar dan berhubung melalui kontrak pintar yang wujud di blockchain. Ianya diasaskan oleh Sergey Nazarov pada tahun 2017.

Chainlink antara kripto yang popular di samping Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan XRP. Walaupun terkeluar daripada top 10 dari segi market cap, Chainlink mempunyai komuniti yang sentiasa menyokong kuat.

Beberapa hari yang lalu, Chainlink telah bekerjasama melancarkan edisi terhad dinamik NFT untuk Bola Keranjang Kebangsaan (NBA).

Seterusnya, melihat kepada carta LINK/USDT, pergerakan harga telah mencatat paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru $53 iaitu kenaikan melebihi 100% sejak awal bulan Mei namun selepas itu ia membuat penurunan sehingga ke paras sokongan sekitar harga $15-$16 seiring kejatuhan Bitcoin.

Selepas sahaja harga menguji paras sokongan $15-$16, pergerakan harga kembali membuat lonjakan sehingga menembusi paras RBS (resistance become support) $24 dan terus menyambung kenaikan untuk menguji paras SBR (support become resistance) sekitar harga $32-$34.

Tetapi harga LINK tidak dapat bertahan untuk mengekalkan kenaikan apabila menguji paras SBR seterusnya di paras harga $42-$44 dan kembali membuat penurunan untuk menguji zon RBS $24.

Namun penurunan ke zon RBS $24 dilihat terus membuat ‘bouncing’ untuk kembali memberi keyakinan kepada para pelabur bahawa pergerakan harga sedang memberi isyarat perubahan trend yang jelas untuk kembali meneruskan trend bullish.

Jika pergerakan harga berjaya meneruskan trend bullish dan dapat menembusi zon SBR $32-$34, jangkaan untuk kenaikan yang lebih tinggi bakal menuju ke zon SBR seterusnya di paras harga $42-$44 sebelum menguji paras ATH $53.

Namun sekiranya pergerakan harga tidak berjaya untuk mengekalkan trend bullish, pergerakan harga bakal kembali menguji zon RBS $24 dan perlu dilihat reaksi seterusnya.

Jika harga terus membuat penurunan yang lebih rendah, paras sokongan $15-$16 bakal menjadi tumpuan untuk diuji.

Lihat gambar carta matawang kripto LINK/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat